Friday, March 4, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG



TARIKH : 19 FEB. 2011
HARI : SABTU
MASA : 10.00 am
TEMPAT : DEWAN ROHANI SK SEJAGONG

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan khusus untuk En Zafrul Azhar B Osman dan En Ismail Bin Tukiman bagi menghargai jasa bakti selama mereka berada di SK Sejagong. En Zafrul merupakan guru yang penuh komitmen dan telah bertugas di sekolah ini semenjak 1 April 2004. Antara kejayaan yang En Zafrul sumbangkan adalah keputusan kelulusan 100% bagi subjek Matematik bagi tahun 2009 dan 2010.

Ucapan alu-aluan dan penghargaan oleh Pn Hjh Saringaton Arasat, wakil rasmi Guru Besar SK Sejagong dan En Mursidi B Munasir, Ketua Kampung merangkap YDP PIBG.


Yang diraikan bersama barisan kepimpinan sekolah.


Jauh di mata di hati jangan.


Cenderamata kenang-kenangan dari pihak sekolah.

En Zafrul Azhar adalah seorang guru yang cemerlang dalam mendidik anak murid, mahir dalam ICT hingga dilantik sebagai Jurulatih Utama Sistem EMIS dan aktif dalam merencana serta melaksana aktiviti perkhemahan sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keringat dan idea yang beliau sumbangkan. Belaiu kini bertugas di SK Sungai Suloh, Batu Pahat mulai 01.01.2011.

Kenangan bersama rakan guru.


Salam dan doa dari anak didik.

Sahabat dan saudara dunia akhirat.


Persaudaraan terjalin jangan terhenti di sini.

En Ismail B Tukiman mula bertugas di sekolah ini mulai 18 Januari 2010. Beliau telah dilantik secara kontrak sebagai Fasilitator Makmal Komputer. Jasanya selama setahun di sekolah ini membantu anak didik agar celik IT amat besar. Terima kasih yang tidak terhingga sumbangan dan ilmu yang ditabur. Beliau kini menabur bakti sebagai tenaga pengajar di PLKN.

Bukan juadah terakhir di SK Sejagong.


Silalah makan, jangan malu.


Berselera betul !


Jawatan ni bukan tetap dan berpencen.


Hadiah kenang-kenangan dari anak didik.


Moga cikgu cepat naik pangkat.


Saya berazam untuk jadi guru yang awal datang ke sekolah macam Zafrul.


Sebahagian murid-murid yang turut meraikan.


Saya beli pajero sebab nak bawa hadiah-hadiah ni.


Tak muat nak bawa hadiah naik motor.


Fasilitator dan Penyelarasnya.


Intai kami anatara nampak..

0 comments:

Post a Comment