Sunday, February 13, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA

Tarikh : 12 Februari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am
Tempat : SK Sejagong



Larian Perdana Mahkota merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor bersempena dengan pelancaran 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Ia diadakan serentak disetiap sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor dengan penglibatan pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.












Larian ini bertujuan untuk membangunkan usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan pelajar dan guru yang ghairah untuk bersukan "passion for sport". Ia bermatlamatkan pembudayaan sukan dalam 1M1S serta mengisi dana tabung kebajikan dan pembangunan sukan Negeri Johor.














Di SK Sejagong, penglibatan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa dalam larian ini amat menggalakkan. Jumlah penyertaan yang mendaftar adalah seramai 137 orang yang terdiri daripada 102 orang murid, 17 orang guru dan kakitangan serta 18 orang ibu bapa. Walau bagaimanapun jumlah ini adalah jauh lebih besar dengan kehadiran lebih ramai ibu bapa yang turut hadir dan dipelawa untuk menyertai larian ini.















Larian dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari En Salikan Bin Suradi, GPK Kokurikulum SK Sejagong yang mewakili Tuan Guru Besar. Selepas itu semua yang terlibat bersama-sama melakukan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En Mohd Rafiz B Mohd Noah.

















Tiaupan wisel larian dilakukan oleh Pn Hjh Saringaton Bt Arasat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Laluan yang dipilih adalah dari sekolah ke Pusat Timbang Sawit Peladang di Pt Jayus 4. Jarak larian kira-kira 2.5 km.















































Larian Perdana Mahkota ini berjalan dengan lancar. Ia berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Penglibatan yang menggalakkan menunjukkan sokongan yang berterusan oleh semua pihak dalam membudayakan sukan dan merealisasikan program 1 Murid 1 Sukan.

Laju sikit...


Jalan je?


Belum menang dah angkat tangan?


Penat ke?


"Saya melaporkan dari Pusat Timbang Sawit Peladang. Terima kasih"


Cikgu M. Nizam: 'Laju budak-budak ni, kalah saya.'


Para ibu yang turut serta. Tahniah!


Para guru yang turut serta. Tanggung jawab!


Kiri kanan laluan masih banjir.


Sampai tersandar?


Sumbangan anggota RELA amat dihargai.


Pengumpul kupon checkpoint.

0 comments:

Post a Comment