Monday, October 25, 2010

Marhaban SK Sejagong 2010


Pada 2 Oktober 2010 SK Sejagong telah mengadakan marhaban sekolah sempena bulan Syawal yang mulia ini. Program tersebut adalah jalinan kerjasama antara Persatuan Bilik Guru dan PIBG SK Sejagong. Turut memeriahkan program tersebut ialah Guru Besar dan uru-guru Sekolah Agama Sejagong, ibu bapa serta murid-murid tahun empat hingga enam. Program tersebut bermula tepat jam 8 pagi di mana semua yang terlibat berkumpul di Dataran Kejat. Bagi melancarkan program tersebut lima kumpulan telah dibentuk yang mana setiap kumpulan terdiri daripada beberapa orang guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Program ini merupakan satu tradisi sejak beberapa tahun lalu yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, kakitangan. PIBG dan masyarakat setempat.




0 comments:

Post a Comment