• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Monday, October 25, 2010

Marhaban SK Sejagong 2010


Pada 2 Oktober 2010 SK Sejagong telah mengadakan marhaban sekolah sempena bulan Syawal yang mulia ini. Program tersebut adalah jalinan kerjasama antara Persatuan Bilik Guru dan PIBG SK Sejagong. Turut memeriahkan program tersebut ialah Guru Besar dan uru-guru Sekolah Agama Sejagong, ibu bapa serta murid-murid tahun empat hingga enam. Program tersebut bermula tepat jam 8 pagi di mana semua yang terlibat berkumpul di Dataran Kejat. Bagi melancarkan program tersebut lima kumpulan telah dibentuk yang mana setiap kumpulan terdiri daripada beberapa orang guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Program ini merupakan satu tradisi sejak beberapa tahun lalu yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, kakitangan. PIBG dan masyarakat setempat.




Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Raya Tahun 6



























1 Okt – Sempena Syawal ini kelas tahun 6 SK Sejagong telah mengadakan jamuan akhir tahun dan sambutan hari raya. Majlis tersebut diadakan di kelas tahun 6 bermula jam 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dimulakan dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, ucapan ketua kelas dan ucapan Guru Besar SK Sejagong iaitu En Tuah Bin Kamisan. Dalam ucapannya beliau berharap agar murid tahun 6 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR serta menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.