• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Monday, March 21, 2011

HARI KELUARGA SK SEJAGONG 2011 - TIOMAN

TARIKH : 14 - 16 Mac 2011
HARI : Isnin - Rabu
TEMPAT : Sun Beach Resort, Tioman
Pendahuluan:
SK Sejagong telah meneruskan tradisinya bagi mengadakan hari keluarga sebagaimana tahun-tahun terdahulu. Bagi tahun 2011 Pulau Tioman telah menjadi pilihan. Bertempat di Sun Beach Resort, pusat peranginan yang amat indah dan mendamaikan, hari keluarga ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam.

Objektif:
i- Meningkatkan hubungan kekeluargaan di kalangan seluruh warga SK Sejagong bagi melahirkan satu pasukan kerja (team work) yang berkesan.
ii- Meredakan tekanan kerja agar satu semangat baru dapat dibina.
iii- Meluaskan pandangan dan membuka minda kepada dunia luar.

Bilangan Peserta:
Guru 10 orang
Kakitangan 1 orang
Ahli keluarga 14 orang
Jumlah 25 orang

Suasana santai di hadapan chelet yang terletak betul-betul di tepi pantai.


Pemandangan indah melahirkan suasana ceria.

Kos:
Sumbangan Pn Hjh Saringaton Arasat - RM 6610.00
Kutipan guru - RM 1549.00
Jumlah besar - RM 8159.00

Laporan Aktiviti:
Ahli rombongan telah berkumpul di Masjid Seri Medan pada pukul 7.30 am dan memulakan perjalanan pada pukul 8.00 am. Kami tiba di Jeti Mersing pada pukul 10.30 am. Feri yang dijadualkan bertolak pada 11.30 am telah ditunda pada pukul 12.30 pm. Keadaan laut yang tenang membantu kelancaran perjalanan feri ke destinasi.


Hari yang mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, suami dan isteri.
Kira-kira pukul 2.00 petang kami selamat tiba di Pulau Tioman. Selepas berehat seketika, sesi petang dipenuhkan dengan aktiviti bebas. Rata-rata warga SK Sejagong dan ahli keluarganya mengambil kesempatan untuk mandi-manda di pantai indah yang terletak betul-betul di hadapan chalet yang disewa.


Doa dipohon agar program berjalan dengan selamat. Terima kasih tuan haji.


Keluarga bahagia...Amin..

Ahli rombongan menikmati makan malam pada pukul 8.00 pm. Selepas itu satu majlis tahlil ringkas dan doa selamat telah diadakan. Ini diikuti dengan satu taklimat perjalanan aktiviti hari ke dua oleh pengusaha chalet.


Menikmati minum malam... alhamdulillah.


Yunus: 'Saya makan sedikit bagi pihak Cikgu Salikan.'
Azlan : 'Saya makan banyak sedikit bagi pihak 2 Nizam.'
Selepas sarapan pagi, kira-kira jam 9.00 am ahli rombongan telah dibawa mengikuti ‘trip’ menaiki bot untuk aktiviti snorkeling. Tempat yang dipilih ialah Pulau Tulai dan pulau kecil disekitarnya. Ini adalah pengalaman pertama bersnorkling bagi sebahagian besar ahli rombongan. Pulau Tulai ini dipenuhi dengan batu karang dan ikan yang berwarna-warni.
Teruja untuk snorkling.
Bukan mabuk laut...tapi menahan kematu.


Satu-satunya cikgu yang boleh berjalan atas air.

Peserta ahli keluarga turut di bawa ke ‘Marine Park’ untuk aktiviti snorkeling. Makan tengah hari di sediakan secara packing di sini. Kami juga di bawa ke Muzium Taman Laut Pulau Tioman. Destinasi terakhir ialah membeli belah di kedai Bebas Cukai di pekan Tekek. Kami kembali semula ke resort pada pukul 3.30 petang.
Bukan pasukan penyelamat yang membantu mangsa lemas.


Bukan quarted renang berirama SK Sejagong.


Kenangan bersama warga SK Sejagong yang dapat turut serta.
Selepas sembahyang maghrib kira-kira jam 8.00 pm kami dihidangkan dengan BBQ untuk makan malam. Acara diteruskan dengan majlis ucapan. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Yunus Bin Mohd Yusuf memulakan majlis pada malam tersebut. Ini dikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Zakaria Bin Marsam, pengerusi bilik guru SK Sejagong. Beliau mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada Pn Hjh Saringaton yang telah menaja pakej hari keluarga ke Pulau Tioman ini. Acara kemuncak adalah ucapan dari Pn Hjh Saringaton Bt Arasat , GPK Pentadbiran SKS. Antara lain beliau mengucapkan kesyukuran atas kejayaan program hari keluarga ini. Semoga hari keluarga ini dapat membina hubungan kukuh ke arah menjadikan SK Sejagong lebih cemerlang. Beberapa orang guru menunjukkan bakat dengan menyumbangkan beberapa buah lagu dalam sesi karaoke. Majlis diakhiri dengan minum malam.


Ucapan dari Pn Hjh Saringaton...Jasamu dikenang ke akhir hayat.
Pengerusi bilik guru : 'Tahun depan saya pula sponsor.'
Hari ke tiga di isi dengan aktiviti bebas. Guru dan ahli keluarga memenuhkan masa dengan madi-manda dan membeli cenderamata di gerai yang mudah didapati di sini. Feri untuk pulang bertolak pada pukul 3.00 petang. Kami selamat sampai di jeti Mersing kira-kira jam 4.30 petang.


Bukan pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.


Sedang memikirkan...wajarkah saya bertugas ke SK Tioman?

Penilaian
Secara keseluruhan program hari keluarga ini berjalan dengan jayanya. Masalah cuaca dan tsunami yang melanda Jepun sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran guru. Namun dengan berkat doa dan izin Nya, masalah ini tidak berlaku di Pulau Tioman. Hubungan kekeluargaan seluruh warga SK Sejagong dapat ditingkatkan. Guru juga dapat meredakan tekanan beban kerja dan memulakan semangat baru.


Bahan pameran.. dilarang bawa balik.

Cadangan dan Ulasan
Penyertaan guru-guru dalam program ini diharap dapat ditingkatkan di masa akan datang. Walau bagaimanapun guru yang tidak dapat turut serta mempunyai alasan yang boleh difahami. Sebahagian guru menghadapi masalah kesihatan serta masalah keluarga yang harus didahulukan. Semoga dengan izinNya program hari keluarga seperti ini akan dapat diadakan pada tahun-tahun mendatang.


'
'Tahun hadapan saya bercita-cita menjadi pengusaha bot pula.'


Makan tengahari di Marine Park.


Pemandangan di jeti untuk menaiki bot.



Pasangan pengantin baru.. (baru berbulan madu selepas 20 tahun)



Guru Super SK Sejagong...boleh terbang.


Di sini kami bujang...sekejap.


Rayan: 'Ibu nak mandi lagi ke? Ni dah masuk 8 kali'


'Sama tak?'


Aksi juara-juara snorkling..


'Bot mewah yang membawa kami mengelilingi pulau.'


Sesi BBQ... 'Lek nak lagi?'



Pemenang karaoke pada malam ini jatuh kepada....