Saturday, March 5, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PRASEKOLAH MSSC PT SULONG 2011



TARIKH : 17/02/2011

HARI : Khamis
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Padang SK Seri Medan
Pendahuluan:
Kejohanan Balapan dan Padang MSSC PT Sulong telah diadakan pada 16 dan 17 Februari 2011 iaitu selama dua hari. Kategori prasekolah pula diadakan pada hari kedua kejohanan. Sebanyak 21 buah sekolah di zon Pt Sulong telah menyertai kejohanan ini.




Objektif:
i- Mencungkil bakat murid prasekolah dalam olahraga.
ii- Menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan.
iii- Meningkatkan kecergasan fizikal murid prasekolah.



Penyertaan:
Oleh kerana SK Sejagong baru dilanda musibah banjir menyebabkan kekurangan masa untuk latihan, bilangan murid prasekolah yang dihantar untuk menyertai kejohanan ini hanya seramai 2 orang sahaja. Murid tersebut ialah:
i- Muhammad Haziq Iqbal Bin Mohd Sah.
ii- Nur Aliya Nabilah Bt Ismail
Kedua-dua orang murid ini menyertai acara lari rata 50m dan 80m.



Pencapaian:

- 1 Emas - 80m lelaki Prasekolah – Muhammad Haziq Iqbal B Mohd Sah
- 1 Gangsa - 50m lelaki Prasekolah – Muhammad Haziq Iqbal B Mohd Sah
Penilaian :
Pencapaian 1 emas dan 1 gangsa dianggap baik berbanding bilangan penyertaan yang hanya seramai 2 orang sahaja. Ia juga pencapaian lebih baik berbanding Tahun 2010 yang tidak memperolehi sebarang pingat.
Cadangan/Ulasan:
Kekurangan latihan disebabkan masalah banjir menghadkan kemampuan sekolah untuk menghantar kontigen yang lebih ramai. Semoga di tahun hadapan persediaan dapat dibuat dengan lebih rapi bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik.




0 comments:

Post a Comment