• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Thursday, July 7, 2011

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSC PT SULONG TAHUN 2011

TARIKH : 21 April 2011
HARI : Khamis
MASA : 8.00 am – 3.00 pm
TEMPAT : Gelanggang Bola Keranjang, Taman Seri Medan.

1.0 Pendahuluan:
Pasukan Sepak Takraw SK Sejagong telah menyertai pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSMJ Cawangan Pt Sulong pada tarikh, hari, masa dan tempat seperti yang tersebut di atas. SK Sejagong telah menghantar satu regu dalam pertandingan tersebut.
2.0 Objektif:
i- Meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid.
ii- Meningkatkan tahap kemahiran dalam sukan Sepak Takraw.
iii- Memenuhi takwim sekolah dan MSSMJ Caw. Pt Sulong.

3.0 Penyertaan:
Murid: 1- Muhammad Izuddin B Mohd Sah
2- Muhamad Rizwan Hakimi B Daud.
3- Muhammad Amin Bin Mahat
4- Muhammad Alim bin Mahat
Guru : 1- Mohd Jefri Bin Selamat – Pengurus Pasukan
2- Mohd Norazlan B Mohd Janani – Jurulatih.

4.0 Kos:
Yuran Pendaftaran - RM 30.00
Makan murid - sarapan pagi (RM 1.00 X 4 orang) - RM 4.00
- makan tengahari (RM 4.00 X 4 orang) - RM 16.00
Jumlah perbelanjaan RM 50.00


5.0 Laporan Pencapaian:
Sebanyak 16 regu telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan peringkat awal dilakukan menerusi liga kumpulan. Setiap regu telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 4 regu. Johan dan Naib Johan kumpulan akan memasuki suku akhir. SK Sejagong telah ditempatkan dalam Kumpulan B. Berikut adalah keputusan pertandingan:
Liga Kumpulan:
i- SK Sejagong lwn SK Seri Pasir A – 21-15, 21-5
ii- SK Sejagong lwn SK Sejati C – 21-9, 18-21, 15-12
iii- SK Sejagong lwn SK Seri Dayoong A – 21-13, 21-17
Keputusan : Johan Kumpulan B
Suku Akhir:
SK Sejagong lwn SK Seri Medan B – menang 21-17, 22-20
Separuh Akhir:
SK Sejagong lwn SK Seri Sejati B- kalah 15-21, 21-18, 7-15
Penentuan Ke- 3 & Ke-4.
SK Sejagong lwn SK Bukit Rahmat A – kalah 19-21, 9-21
Pencapaian SK Sejagong: Tempat Ke-4.

6.0 Penilaian :
SK Sejagong sekadar memenangi tempat ke 4 pertandingan. Keputusan ini dianggap agak baik bagi sebuah sekolah yang kecil.

7.0 Cadangan/Ulasan:
Pencapaian SK Sejagong boleh ditingkatkan pada tahun hadapan. Tiga daripada 4 peserta masih belajar di Tahun 5. Diharapkan pihak sekolah dapat membina gelanggang sendiri di perkarangan sekolah bagi memudahkan latihan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2011

TARIKH : 31 Mei 2011
HARI : Selasa
TEMPAT : Kuala Lumpur
1.0 Pendahuluan
Bagi melengkapkan takwim dan menyempurnakan perancangan, SK sejagong telah berjaya mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam. Program ini diadakan bagi memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah ini.
2.0 Objektif

2.1 Melengkapkan aktiviti atau takwim tahunan sekolah.
2.2 Memberi peluang meningkatkan pengetahuan, pengalaman baru dan kemahiran
berfikir.
2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru.
2.4 Mempelajari dan mempraktikkan solat jamak dan qasar.
3.0 Sasaran / Bilangan Peserta:
Guru 9 orang
Kakitangan 2 orang
Ibu bapa 15 orang
Murid Tahun 5 & 6 38 orang
Murid Prasekolah 22 orang
Jumlah 86 orang

4.0 Kewangan
4.1 Sumber Kewangan:
4.1.1 LPBT Prasekolah - RM 800.00
4.1.2 Kokurikulum Prasekolah - RM 352.00
4.1.3 Sumbangan Luar - RM 700.00
4.1.4 Yuran Peserta -RM 4200.00
Jumlah RM6052.00
4.2 Butiran Perbelanjaan:
4.2.1 Sewa bas (2 buah) - RM 2200.00
4.2.2 Makan - RM 1467.00
4.2.3 Ubat-ubatan - RM 65.00
4.2.4 Tiket masuk - RM 2320.00
Jumlah RM 6052.00

5.0 Laporan Aktiviti
Peserta rombongan bertolak dari tempat berkumpul di simpang Pt Baru pada pukul 5.00 pagi. Sebelum bertolak murid-murid disediakan sarapan pagi berupa sebiji roti dan air kotak sebagai pengalas perut. Kami tiba di destinasi pertama iaitu KLIA pada pukul 9.15 pagi. Murid di bawa ke Pelantar Tinjau untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. Murid-murid juga diberi peluang bermain di taman permainan kanak-kanak yang disediakan.
Destinasi ke dua ialah Litar F1 Sepang. Kami tiba di sini pada jam 11.30 pagi. Ahli rombongan bernasib baik kerana berpeluang melihat kereta lumba yang sedang membuat ujian litar. Kami diberi taklimat oleh Cik Shirin tentang perkhidmatan dan sejarah Litar F1 Sepang. Tempat duduk ‘Grandstand’ yang kami lawati bernilai RM3000.00 pada masa perlumbaan sebenar berlangsung. Kami turut dibawa ke Muzium Automobil Nasional bagi melihat pameran permotoran. Di sini kami di beri taklimat tentang perkembangan industri permotoran negara di dewan khas muzium oleh pegawai yang bertugas.



Kami tiba di Putrajaya pada jam 1.00 tengahari. Ahli rombongan telah dibawa ke bangunan Kementerian Belia Dan Sukan untuk makan tengah hari. Ucapan terima kasih kepada Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan yang sudi menaja makan tengahari. Kira-kira pukul 3.00 petang kami berhenti solat di masjid Putrajaya. Peserta sempat melihat pemandangan tasik, masjid dan bangunan pusat pentadbiran kerajaan di sekitar putrajaya.


Pukul 5.30 petang kami tiba di Snowalk i-City, Shah Alam. Snowalk adalah taman tema salji terbesar di Malaysia. Peserta rombongan berpeluang bermain salji dan merasai kedinginan negatif 5 darjah celcius. Murid-murid sempat bermain gelungsur di ais dan beberapa permainan yang disediakan di dalam Snowalk tersebut. Ahli rombongan juga dapat melihat pelbagai ukiran ais berbentuk istana, iglu, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Kami berada di sini kira-kira dua jam.







Kira-kira jam 8.30 malam kami tiba di destinasi terakhir iaitu Menara Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat pemandangan malam di Kuala Lumpur. Antara bangunan yang paling menarik minat mereka ialah Menara Berkembar Petronas yang jelas kelihatan walaupun di waktu malam.

6.0 Penilaian
Secara keseluruhan program lawatan sambil belajar ini mencapai objektifnya. Selain melengkapkan takwim tahunan, murid dapat didedahkan dengan pengetahuan dan pengalaman baru. Ia juga menjadi motivasi kepada murid agar belajar lebih gigih jika mahukan peluang pekerjaan yang lebih baik. Hubungan silaturahim juga dapat dieratkan bukan sahaja antara guru dn murid malah antara guru dan ibu bapa, antara ibu bapa dan anak-anak dan antara sesama guru. Para peserta juga berpeluang mempraktikkan solat jamak dan qasar di bawah bimbingan Tn. Hj Zakaria B Marsam, Ustazah Mazailah Bt Osman, Ustz Khairul Nizam B Md Lazim dan Ustz Norazlan B Mohd Janani.


7.0 Cadangan dan Ulasan
Penyertaan murid-murid, ibu bapa dan guru amat menggalakkan. Walaupun dua bas telah disediakan tetapi masih ada pelajar dan ibu bapa yang tidak dapat turut serta kerana tempat yang terhad. Pada tahun hadapan, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan ke salah sebuah universiti tempatan bagi memotivasikan murid untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Semoga dengan izinNya program lawatan sambil belajar seperti ini akan dapat diadakan pada tahun-tahun akan datang.