Tuesday, November 30, 2010

Pertandingan Badminton Tertutup SK Sejagong 2010




Pada 16 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu, SK Sejagong telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup 2010. Pertandingan tersebut merupakan satu aktiviti anjuran kelab badminton sekolah yang bertujuan mencari bakat-bakat baru dan aktiviti selepas UPSR. Pertandingan tersebut juga melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 selain murid tahun 6. Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Guru Besar SK Sejagong En Tuah Bin Kamisan dan isteri, GPK HEM En Muhammad Hyffnu Bin Ejom, GPK KOKO En Salikan Suradi dan guru-guru SK Sejagong yang lain. Bagi kategori lelaki telah tempat pertama berjaya dirangkul oleh Mohd Imad Nazmi Bin Karim manakala kategori perempuan oleh Siti Khadijah Binti Mohd Diah. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, semoga program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.




0 comments:

Post a Comment