Wednesday, February 9, 2011

Gotong-royong Perdana SK Sejagong

TARIKH : 29/01/2011
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 – 12.30 pm
TEMPAT : SK Sejagong

Pendahuluan:
SK Sejagong telah mengadakan majlis gotong-royong pada 29.01.2011 (Sabtu). Ia dianjurkan bersama SK Sejagong, PIBG dan Majlis Permuafakatan Prasekolah.

Objektif:
i- Meningkatkan keceriaan sekolah
ii- Meningkatkan tahap kebersihan
iii- Meningkatkan tahap keselamatan warga sekolah.

Bilangan Peserta: 65 orang

Aktiviti:
Tumpuan utama aktiviti adalah untuk meningkatkan
tahap keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah.
Ibu bapa bergotong-royong memangkas bunga,
menyapu sampah, membetulkan pagar dan memotong rumput.

Sebahagian ibu bapa turut membantu menebang pokok kelapa yang mengganggu wayar elektrik TNB yang mungkin boleh membahayakan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Ibu bapa murid prasekolah membantu untuk meningkatkan keceriaan Taman Permainan Prasekolah. Mereka membantu mengecat semula alatan seperti terowong, buaian, kotak main air dan pasir.

Ibu bapa turut membasuh alatan seperti terowong
plastik yang agak kotor, mencuci cermin dan
jenang tingkap. Mereka turut membantu membina
‘Televisyen’ daripada plywood dan kayu. Ia berfungsi sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk murid dan guru menyampaikan ‘berita’. ‘Televisyen’ ini juga berfungsi sebagai panggung boneka.

Penilaian :
Majlis gotong-royong berjalan dengan baik. Faktor cuaca yang hujan disebelah pagi menyebabkan penyertaan ibu bapa kurang menggalakkan. Walau bagaimanapun aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya.

Cadangan/Ulasan:
Adalah diharapkan penyertaan ibu bapa dalam
aktiviti ini dapat ditingkatkan di masa-masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment