Friday, September 16, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Add Image
Tarikh : 2 Julai 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Sejagong


Pada 2 Julai 2011 semua pelajar dan warga SK Sejagong telah menjayakan program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Larian yang bermula pada jam 7. 45 pagi dari tapak perhimpunan terbuka secara serentak telah dimulakan apabila bunyi hon larian dilepaskan oleh En Mohd Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong.
Matlamat:
- Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang hayat.
- Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah dan warga sekolah.
Objektif Dasar 1M1S1M:
- Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
- Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
- Untuk memupuk perpaduan antara kaum
- Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
Objektif Larian Serentak 1M1S1M:
Mewujudkan sokongan padu terhadap Dasar 1Murid 1Sukan untuk melaksanakan program ini dan mendapat catatan terbaru dalam Malaysia Book of Records melalui pelaksanaan larian serentak teramai dalam kalangan pelajar.
Konsep 1M1S1M
- Memberi akses kepada semua murid untuk mandapat faedah dari bersukan
- Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan
- membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya 1 jenis sukan.
En Salikan Suradi, GPK Kokurikulum memberi taklimat sebelum larian dimulakan.


Cikgu Mohd Rafiz mengetuai acara memanaskan badan.

Murid-murid memanaskan badan sebelum larian bagi mengelakkan kecederaan.
Kaum ibu yang turut mengambil bahagian dalam acara larian.


Pendaftar perkahwinan..ops!..pendaftar peserta larian.

Pengganti polis trafic mengawasi trek larian. Helmet mana?Kenapa ramai sangat yang nak jadi polis trafic ni?

En Mohd Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong bersedia untuk melepaskan peserta.

Murid-murid tidak sabar untuk memulakan larian.

Kaum ibu yang penuh bersemangat kesukanan.

Menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan.

Hati-hati Dik, Pakcik tengah potong kelapa sawit.

Kaum bapa yang bersemangat untuk tidak kalah pada anak sendiri.

Saya jaga garisan penamat je.

0 comments:

Post a Comment