Friday, September 17, 2010

Majlis Khatam Al-Quran SK Sejagong 2010




Pada 3 September 2010, SK Sejagong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Buat julung kalinya majlis tersebut diadakan sabagai tanda berakhirnya program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua guru, kakitangan dan murid-murid tahap 2. Program tadarus Al-Quran telah bermula pada 13 Ogos 2010 dan berakhir pada 2 September 2010. Dengan kerjasama dan semangat juang yang tinggi program tadarus Al-Quran telah mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu untuk menghabiskan 30 Juzuk Al-Quran.

Pada majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan solat hajat sempena peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 21 September 2010. Tidak ketinggalan pada majlis tersebut ialah pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan bagi meringan beban sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Menurut Guru Besar SK Sejagong En Tuah bin Kamisan, beliau berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana program ini merupakan amalan yang sangat mulia pada bulan Ramadan.















0 comments:

Post a Comment