• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Monday, April 14, 2014

Tatabahasa

KATA NAMA

1.
Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
2.
Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum.
3.
Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus



Tatabahasa : Kata Kerja 
1.
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2.
Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
3.
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
 
(a)
kata kerja transitif
 
(b)
kata kerja tak transitif
4.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.
 
Contoh :  Kakak membasuh baju.
 
“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.
5.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:
 
(a)
kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.
 
(b)
kata kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
6.
Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7.
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.
Contoh:  Kumar berenang..
 
“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
8.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu
 
(a)
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.
 
(b)
kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh :  Kami tinggal di Seremban.








Tatabahasa Kata Ganti Nama
 
Kata ganti nama terbahagi kepada dan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.
 

 


 
Kata Adjektif
 
 

Aktiviti Sains yang menarik : Menara Paku

Aktiviti Sains : "9 paku tergantung seperti di awang-awangan!"

PengenalanPercubaan yang menarik ini kelihatan sukar seperti memaku ke dinding batu. Tetapi, jangan risau kerana kesan imbang balas akan melakukan semua kerja-kerja yang sukar untuk anda. Apa yang anda perlu buat ialah duduk dan lihat pelajar dan anak anda tergamam dengan kebolehan anda! Adakah anda bersedia untuk membuat imbangan paku yang sempurna? 
Apakah yang diperlukan?
11 batang paku
Satu blok kayu dengan lubang paku
Apakah yang perlu dibuat?
1. Dirikan paku yang pertama di atas blok kayu. Gunakan lubang itu untuk memasukkan bahagian paku yang tajam. Bahagian kepala paku yang tumpul itu harus berada di atas.
2. Baringkan paku yang kedua di atas meja.
3. Letakkan kepala paku yang ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh di sepanjang paku yang kedua secara berselang-seli.
4. Letakkan paku yang terakhir, paku yang kesebelas di atas kepala paku-paku yang disusun tadi. Letakkannya terbalik dan bertentangan posisinya dengan paku yang kedua.
5. Angkat perlahan-lahan paku-paku itu dengan memegang paku yang paling bawah (paku kedua) dan paku yang terakhir (paku yang kesebelas).
6. Letakkan paku-paku itu di atas kepala paku yang pertama yang berdiri di atas blok kayu.
Apakah yang berlaku? / Pengisian Sains
Jika ia dilakukan dengan berhati-hati, anda akan berjaya meletakkan kesemua 10 paku itu di atas kepala paku yang pertama. Ia sesuatu yang nampak mustahil dan menakjubkan tetapi ia boleh dilakukan! 
Paku-paku itu tidak jatuh kerana setiap satunya mengimbang balas (counterbalance) di antara satu sama lain. Berat paku yang terletak di satu bahagian diimbangi pula oleh berat paku di satu bahagian yang lain.
Paku yang teratas dan juga paku yang kesebelas diletakkan melintang hanya membantu untuk "memegang" kesemua paku-paku yang tergantung itu ditempatnya.
Dalam medan graviti atau gravitational field, sebarang objek akan berada di dalam keadaan yang paling stabil apabila pusat jisimnya adalah serendah yang mungkin. Pusat jisim himpunan paku itu berada di bawah takat sokongan dan adalah paling rendah apabila ia seimbang.
Jika paku-paku itu terbuai ke satu bahagian, pusat jisimnya akan naik sedikit. Daya graviti akan segera "memulihkan" keadaan dan bertindak untuk membawa himpunan paku itu ke arah keseimbangan semula.
Tahukah anda?
Kren menggunakan konsep yang sama. Ia mengimbang balas dengan pemberat di bahagian bertentangan kren sewaktu ia beroperasi untuk mengangkut atau mengambil sesuatu. Jika tiada pemberat untuk mengimbang balas berat kren, ia pasti akan terbalik!
Cubalah!
Cuba anda putarkan himpunan paku itu di atas kepala paku yang pertama. Mampukah anda berbuat demikian?
Gunakan konsep yang yang sama dan cuba dengan paku yang lebih banyak. Buat satu cabaran untuk melihat siapa yang berjaya untuk "menggantung paku di awang-awangan" dengan menggunakan paku paling banyak!
Cubalah juga susunan yang berbeza. Ada berapa jenis susunan yang boleh dibuat menggunakan paku-paku yang sama?
Kurikulum Sekolah
Year 6 / Investigating Technology / Strength and Stability

Form 2 Science / Stability

Selamat mencuba!

Cara mudah menghafal sifir 6,sifir 7, sifir 8 dan sifir 9

Rata-rata murid di sekolah menghadapi kesukaran untuk menghafal sifir dengan lancar, lebih-lebih lagi sifir 6 sehinggalah sifir 9. Terdapat pelbagai kaedah untuk menarik minat sekaligus membantu murid menghafal sifir dengan lancar dan mudah. Kaedah-kaedah dalam video di bawah mungkin dapat membantu para guru Matematik dalam mengatasi masalah kelemahan sifir dalam kalangan murid cikgu.

Senang faham,
Senang ingat,
Senang buat,
Senang jawab sifir.
Selamat mencuba!


Sifir 6 
 




Sifir 7
 


Sifir 8
 
Sifir 9


Diharap kaedah-kaedah ini dapat membantu dalam penghafalan Sifir yang lebih Mudah 

Saturday, April 12, 2014

MAJLIS MENGENANG JASA EN MUHAMAD HYFFNY B EJOM

TARIKH     : 27 FEBRUARI 2014
HARI          : KHAMIS
MASA        : 10.30 PAGI
TEMPAT    : DEWAN ROHANI DAN HOTEL PINETREE




Punchcard terakhir di SK Sejagong.




En Jaafar B Masuan, Guru Besar SK Sejagong merakamkan ucapan
 terima kasih yang tidak terhingga kepada
 En Muhamad Hyffny B Ejom, mantan GPK 1 SKS.



Ucapan wakil guru, En Zainudin B Sarban.  
Semoga persahabatan kekal ke akhir hayat.



Murid berbaris memberi penghormatan 
kepada guru yang berjasa.



Lambain terakhir....ingat kami di sini.



Majlis turut diadakan di Hotel Pinetree, Batu Pahat.


Pesanan dan pantun dititip kepada rakan-rakan.



Guru-guru yang turut hadir memberi penghargaan.


Pn Hjh Saringaton mantan GPK 1 , 
Pn Norhaiza Tahir GPK HEM dan Pn Nor 'Afizah.



Rakan yang sama-sama berkhidmat lebih 20 tahun di SK Sejagong.



Satu troli bawa balik hadiah...








MAJLIS MAULIDUR RASUL 2014


TARIKH      : 13 FEBRUARI 2014
HARI           : KHAMIS
MASA         : 8.00 PAGI
TEMPAT    : DEWAN ROHANI, SK SEJAGONG




Ucapan alu-aluan oleh En Jaafar B Masuan, 
Guru Besar SK Sejagong



Penceramah jemputan, Ustaz Abdul Halid Bin Sugiman, 
Guru Pendidikan Islam SK Seri Dayong



Murid-murid berdiri untuk berselawat.



 Barisan murid prasekolah turut terlibat
 dengan majlis sambutan.



Penceramah menggunakan audio visual yang dapat
 menarik perhatian murid.









MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID 2014


TARIKH      : 26 JANUARI 2014
HARI            : AHAD
MASA          : 7.00 PAGI
TEMPAT      : DEWAN ROHANI SK SEJAGONG




Perasmian oleh SM Zainudin Bin Dalha, 
Ketua Balai, Balai Polis Seri Medan.



Penyampaian watikah kepada Mohamad Farez Haiqal, 
Ketua Pengawas SK Sejagong.



Penyampaian watikah kepada salah seorang Pustakawan


Ketua Darajah turut menerima watikah lantikan


Lafaz Ikrar oleh barisan pengawas SK Sejagong 2014.


Barisan Pengawas SK Sejagong bersama guru-guru dan tetamu kehormat.




Bersama guru-guru wanita yang berdedikasi.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH KE MELAKA 2013

TARIKH                      : 7 NOVEMBER 2013
HARI                           : KHAMIS
JANGKA MASA        : 1 HARI
TEMPAT                     : A'FAMOSA SAFARI WORLD  DAN BANDAR HILIR





Peserta lawatan disambut oleh Red Indian.



Gambar kenang-kenangan bersama ibu bapa.



Bersama guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid.


Dapat pegang gajah...seronoknya.



Antara haiwan yang berkeliaran di Safarai A'Famosa



Pertunjukan Burung


Menaiki rakit ke Monkey Island



Pertunjukan Wild Wild West...Ada adegan tembak menembak 
antara Cowboy dan Red Indian.



Bermesra dengan burung nuri



Antara ibu bapa yang turut menyertai program lawatan.



Usah bimbang, meriam tu tak meletup...


Berposing di atas kapal.







SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 2013



     TARIKH      : 30 Oktober 2013
     HARI            : Rabu
     MASA          : 7.30 am - 1.20 pm
     TEMPAT      : Padang SK Sejagong.



Perasmian oleh En Jaafar Bin Masuan, 
Guru Besar SK Sejagong



Pertandingan Basikal Berhias yang penuh warna warni



Acara senamrobik  sebagai pembuka program



Murid prasekolah terlibat dengan acara tiup belon.



Cari gula-gula dalam tepung....  Apa pasal cium pinggan pula?



Makan biskut dalam pinggan...jangan pegang tau..



Gigit epal tu!  Besarnya mulut...



Suap nestum tutup mata. Jangan suap kat hidung sudah.



Jalan atas tempurung....kesian tak ada selipar pakai tempurung je.




Isi air dalam botol guna dulang. Macam tak masuk je...



Siapa panjang??? Sambung jangan tak sambung..