Saturday, March 5, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PRASEKOLAH MSSC PT SULONG 2011



TARIKH : 17/02/2011

HARI : Khamis
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Padang SK Seri Medan
Pendahuluan:
Kejohanan Balapan dan Padang MSSC PT Sulong telah diadakan pada 16 dan 17 Februari 2011 iaitu selama dua hari. Kategori prasekolah pula diadakan pada hari kedua kejohanan. Sebanyak 21 buah sekolah di zon Pt Sulong telah menyertai kejohanan ini.




Objektif:
i- Mencungkil bakat murid prasekolah dalam olahraga.
ii- Menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan.
iii- Meningkatkan kecergasan fizikal murid prasekolah.



Penyertaan:
Oleh kerana SK Sejagong baru dilanda musibah banjir menyebabkan kekurangan masa untuk latihan, bilangan murid prasekolah yang dihantar untuk menyertai kejohanan ini hanya seramai 2 orang sahaja. Murid tersebut ialah:
i- Muhammad Haziq Iqbal Bin Mohd Sah.
ii- Nur Aliya Nabilah Bt Ismail
Kedua-dua orang murid ini menyertai acara lari rata 50m dan 80m.



Pencapaian:

- 1 Emas - 80m lelaki Prasekolah – Muhammad Haziq Iqbal B Mohd Sah
- 1 Gangsa - 50m lelaki Prasekolah – Muhammad Haziq Iqbal B Mohd Sah
Penilaian :
Pencapaian 1 emas dan 1 gangsa dianggap baik berbanding bilangan penyertaan yang hanya seramai 2 orang sahaja. Ia juga pencapaian lebih baik berbanding Tahun 2010 yang tidak memperolehi sebarang pingat.
Cadangan/Ulasan:
Kekurangan latihan disebabkan masalah banjir menghadkan kemampuan sekolah untuk menghantar kontigen yang lebih ramai. Semoga di tahun hadapan persediaan dapat dibuat dengan lebih rapi bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik.




Related Posts:

  • LARIAN PERDANA MAHKOTATarikh : 12 Februari 2011 Hari : Sabtu Masa : 8.00 am Tempat : SK Sejagong Larian Perdana Mahkota merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor bersempena de… Read More
  • PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SK SEJAGONGSK Sejagong telah menjadi Pusat Pemindahan Banjir bagi penduduk di sekitarnya. Mangsa banjir adalah terdiri dari penduduk PT Jayus 3, Pt Jayus 4, Bukit Waha, Kg Sejagong dan Pt Mahpol. Pusat pemindahan ini mula dibuka pada ha… Read More
  • MAJLIS JASAMU DIKENANG TARIKH : 19 FEB. 2011HARI : SABTUMASA : 10.00 amTEMPAT : DEWAN ROHANI SK SEJAGONGMajlis Jasamu Dikenang telah diadakan khusus untuk En Zafrul Azhar B Osman dan En Ismail Bin Tukiman bagi menghargai jas… Read More
  • KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PRASEKOLAH MSSC PT SULONG 2011 TARIKH : 17/02/2011 HARI : Khamis MASA : 8.00 pagi TEMPAT : Padang SK Seri Medan Pendahuluan: Kejohanan Balapan dan Padang MSSC … Read More
  • Gotong-royong Perdana SK SejagongTARIKH : 29/01/2011 HARI : Sabtu MASA : 8.00 – 12.30 pm TEMPAT : SK Sejagong Pendahuluan: SK Sejagong telah mengadakan majlis gotong-royong pada 29.01.2011 (Sabtu). Ia dianjurkan bersama SK Sejagong, PIBG dan Majlis Pe… Read More

0 comments:

Post a Comment