LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE TERENGGANU DAN KELANTAN
TAHUN 2010
Tarikh : 8, 9 dan 10 Jun 2010
Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Masa Bertolak : 6.00 petang (8 Jun 2010)
Tempat : Kelantan dan Terengganu
Guru terlibat:
1- Mohd Jefri B Selamat
2- Hjh Saringaton Bt Arasat
3- En Mohd Hyffny B Ejom
4- En Zakaria B Marsam
5- En Norazlan B Mohd Janani
PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh SK Sejagong dan dibuka kepada murid Tahun 5 dan 6 serta guru-guru SK Sejagong. Lawatan turut disertai oleh AJK dan ahli PIBG yang menaiki sebuah bas yang lain. Peserta rombongan bertolak pada 8 Jun 2010 pukul 6.00 petang. Antara tempat yang dilawati di Kelantan ialah Masjid Muhammadi, Istana Jahar, Kilang Perusahaan Batik dan Songket serta Pasar Siti Khadijah. Di Terengganu rombongan telah melawat Kilang Perusahaan Keropok Lekor di Losong, Masjid Kristal, Bukit Puteri dan Pasar Payang.
MATLAMAT
Memberi murid-murid suatu pengalaman baru tentang dunia luar .
Di samping itu juga ia dapat banyak ilmu pengetahuan di
mana tempat-tempat yang dilawati banyak berunsurkan ilmu.
Dengan cara membuat lawatan sebegini pelajar-pelajar dapat
mengembangkan lagi buah fikirannya.
PENGLIBATAN / SASARAN :
-Murid-murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Sejagong.
-Guru-guru dan kakitangan
SUMBER KEWANGAN :
Punca Wang :
Bayaran daripada peserta lawatan - RM 3600.00
Derma dan Sumbangan RM 600.00
Jumlah RM 4200.00
Butiran Anggaran Perbelanjaan :
Tambang Bas - RM 2800.00
Tiket Masuk - RM 400.00
Penginapan - RM 400.00
Makan RM 600.00
Jumlah RM 4200.00
ATURCARA LAWATAN :
Tarikh | Masa | Tempat Yang Dilawati | Nama dan Alamat Penuh Tempat Bermalam |
7/6/2010 (Isnin) 8/6/2010 (Selasa) 9/6/2010 (Rabu) | 6.30 ptg 6.00 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi 12.30 t.hari 2.30 ptg 4.00 ptg 6.00 ptg 7.00 pagi 11.30 pagi 12.30 t.hari 2.30 ptg 4.30 ptg | Bertolak dari SK. Sejagong. Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Muzium Negeri I stana Jahar Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kilang / Perusaan Batik Pasar Siti Khadijah ‘Check in’ Penginapan Bertolak dari tempat penginapan Kilang / Perusahaan Keropok, Losong, Kuala Terengganu. Masjid Kristal Pasar Payang Bertolak pulang | |
LAPORAN PENCAPAIAN
Program lawatan telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Murid dan guru telah memberi kerjasama yang sangat baik. Guru-guru telah memberikan komitmen penuh. Murid didedahkan dengan tempat-tempat yang menjadi kebanggaan negara seperti Masjid Kristal di Terengganu dan pintu gerbang di Kelantan. Murid turut mendapat ilmu tentang cara pembuatan songket dan alatan yang diperlukan. Dari aspek kerohanian, murid-murid diajar cara menunaikan sembahyang Jamak dan Qasar, iaitu suatu amalan yang digalakkan semasa bermusafir. Aspek keselamatan telah diambil berat dan dipraktikkan. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih kepada En. Muhd Hyffny Bin Ejom (GPK HEM SK Sejagong) yang telah berusaha menghubungi Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Razif yang telah sudi menyediakan makan tengahari di Wisma Darul Iman, Terengganu.
CADANGAN
Program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam memberi pengetahuan kepada murid tentang dunia luar, mercu tanda negara, kesenian dan kebudayaan berkaitan seni batik dan songket dan sejarah negara. Oleh itu program ini harus diteruskan di masa-masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment