Wednesday, February 9, 2011

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SK SEJAGONG

SK Sejagong telah menjadi Pusat Pemindahan Banjir bagi penduduk di sekitarnya. Mangsa banjir adalah terdiri dari penduduk PT Jayus 3, Pt Jayus 4, Bukit Waha, Kg Sejagong dan Pt Mahpol. Pusat pemindahan ini mula dibuka pada hari Ahad 30/01/2011. Seramai 353 orang dari 80 buah keluarga telah terlibat. Mangsa banjir ditempatkan di bilik-bilik darjah di sekolah ini.





Jawatan Kuasa Kampung yang dipengerusikan oleh En Mursidi B Munasir selaku Ketua Kampung telah bertungkus-lumus membantu mangsa banjir dari segenap segi. Mangsa turut dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tentera, pasukan perubatan, badan sukarela dan pihak-pihak lain yang prihatin.




Walaupun sekolah ini menjadi pusat pemindahan, sesi pengajaran pembelajaran tetap berjalan. Murid-murid ditempatkan di makmal komputer, surau dan pusat sumber sekolah. Kebanyakan murid yang hadir adalah terdiri dari mangsa banjir yang berpindah ke sekolah ini. Guru-guru SK Sejagong yang berdedikasi tetap hadir menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Murid-murid tetap hadir walaupun dalam kedadaan yang serba kekurangan. Sebahagian daripada mereka telah kehilangan buku teks dan pakaian sekolah. Oleh itu pihak sekolah telah memberi kelonggaran kepada mereka untuk belajar dengan persediaan diri yang seadanya.


0 comments:

Post a Comment