Tuesday, November 30, 2010

Pertandingan Badminton Tertutup SK Sejagong 2010




Pada 16 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu, SK Sejagong telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup 2010. Pertandingan tersebut merupakan satu aktiviti anjuran kelab badminton sekolah yang bertujuan mencari bakat-bakat baru dan aktiviti selepas UPSR. Pertandingan tersebut juga melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 selain murid tahun 6. Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Guru Besar SK Sejagong En Tuah Bin Kamisan dan isteri, GPK HEM En Muhammad Hyffnu Bin Ejom, GPK KOKO En Salikan Suradi dan guru-guru SK Sejagong yang lain. Bagi kategori lelaki telah tempat pertama berjaya dirangkul oleh Mohd Imad Nazmi Bin Karim manakala kategori perempuan oleh Siti Khadijah Binti Mohd Diah. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, semoga program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.




Related Posts:

  • MAKLUMAT GURU DAN STAFFSENARAI GURU SK SEJAGONGTAHUN 2010GURU BESAR : EN. TUAH BIN KAMISANGPK PENTADBIRAN : PN HJH SARINGATON BT ARASATGPK HEM : EN MUHD HYFFNY B EJOMGPK KOKURIKULUM : EN SALIKAN B SURADIGURU-GURU … Read More
  • Senam Robik Program Lawatan Pelajar-pelajar Antarabangsa di SK SejagongAcara senam robik sempena program lawatan pelajar-pelajar antarabangsa anjuran JKKK Kg Sejagong / Sg Kepoh bersama PIBG SK Sejagong. Kira-kira 300 orang hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi itu..Kelihatan Gur… Read More
  • Lawatan Sambil Belajar Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } !-- /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style… Read More
  • Sejarah SK Sejagong Sekolah Kebangsaan Sejagong pada mulanya merupakan sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Sri Sejati, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Jarak perjalanan sekolah ini dari pekan Sri Medan ialah kira-kira 15 kilometer dan 45 kil… Read More
  • Majlis Khatam Al-Quran SK Sejagong 2010 Pada 3 September 2010, SK Sejagong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Buat julung kalinya majlis tersebut diadakan sabagai tanda berakhirnya program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua guru, k… Read More

0 comments:

Post a Comment