• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Sunday, September 18, 2011

TEMASYA BALAPAN DAN PADANG SK SEJAGONG KALI KE-15

Tarikh : 13 Julai 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Padang SK Sejagong


Peserta bersedia untuk memulakan larian .

Para pegawai kejohanan yang berdedikasi.
Pn Hjh Saringataon Arasat, GPK1 SKS bersama pemenang rejam lembing.


Murid Prasekolah 1 menyertai acara Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu.

Acara Junjung Pundi Kacang yang disertai oleh murid Prasekolah 2.

En Muhd Hyffny Ejom, GPK HEM mengalungkan pingat kepada pemenang.

Taklimat sebelum acara dimulakan oleh En Salikan B Suradi, GPK Kokurikulum.

Acara untuk ibu bapa- 'Semakin Jauh Semakin Sayang'


Perbarisan lintas hormat oleh rumah Merak.

Kontigen rumah Tiong.

Kontigen rumah Bayan.

Barisan anak-anak Prasekolah.

En Mohd Yasin, Penghulu Mukim 18 Seri Medan diapit oleh En Mursidi dan En Mohd Yazid menerima lintas hormat.


Sebahagian ibu bapa yang hadir memberi sokongan moral.

Guru-guru yang bertanggungjawab disebalik kejayaan kejohan.


En Mohd Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong memberikan ucapan alu-aluan.

Ucapan perasmian oleh En Mohd Yasin, Penghulu Mukim 18 Seri Medan.

Penerima anugerah olahragawan kejohanan, adik Mohd Rokib.

Olahragawati kejohanan, adik Fatin Amirah.

Johan keseluruhan jatuh kepada rumah Nuri! Tahniah!

Antara pegawai yang dilantik di kalangan guru dan AJK PIBG.

Orang kuat kejohanan.....

Motivasi Pelajar Bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tarikh : 2 dan 3 Julai 2011
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : SK Sejagong
Peserta : Murid Tahun 5 & 6

Pelajar sedang memasang khemah.

Bersemangat untuk menyertai kem motivasi.

Memastikan khemah dalam keadaan selamat untuk diduduki.

Pelajar bersedia menjalankan aktiviti seterusnya.

Anggota RELA yang sudi membantu menjaga keselamatan pelajar.

Tidak sabar mengikuti kem.

En Mursidi B Munasir, Ketua Kampung Sejagong Kepoh bersama En Mohd. Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong menyambut kehadiran pegawai dan fasilitator dari UTM.

Sebahagian fasilitator UTM yang sudi meluangkan masa bagi memberi motivasi kepada pelajar SK Sejagong. Terima kasih daun keladi.

Friday, September 16, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Add Image
Tarikh : 2 Julai 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Sejagong


Pada 2 Julai 2011 semua pelajar dan warga SK Sejagong telah menjayakan program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Larian yang bermula pada jam 7. 45 pagi dari tapak perhimpunan terbuka secara serentak telah dimulakan apabila bunyi hon larian dilepaskan oleh En Mohd Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong.
Matlamat:
- Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang hayat.
- Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah dan warga sekolah.
Objektif Dasar 1M1S1M:
- Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
- Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
- Untuk memupuk perpaduan antara kaum
- Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
Objektif Larian Serentak 1M1S1M:
Mewujudkan sokongan padu terhadap Dasar 1Murid 1Sukan untuk melaksanakan program ini dan mendapat catatan terbaru dalam Malaysia Book of Records melalui pelaksanaan larian serentak teramai dalam kalangan pelajar.
Konsep 1M1S1M
- Memberi akses kepada semua murid untuk mandapat faedah dari bersukan
- Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan
- membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya 1 jenis sukan.
En Salikan Suradi, GPK Kokurikulum memberi taklimat sebelum larian dimulakan.


Cikgu Mohd Rafiz mengetuai acara memanaskan badan.

Murid-murid memanaskan badan sebelum larian bagi mengelakkan kecederaan.
Kaum ibu yang turut mengambil bahagian dalam acara larian.


Pendaftar perkahwinan..ops!..pendaftar peserta larian.

Pengganti polis trafic mengawasi trek larian. Helmet mana?Kenapa ramai sangat yang nak jadi polis trafic ni?

En Mohd Yazid Bin Ahmad, Guru Besar SK Sejagong bersedia untuk melepaskan peserta.

Murid-murid tidak sabar untuk memulakan larian.

Kaum ibu yang penuh bersemangat kesukanan.

Menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan.

Hati-hati Dik, Pakcik tengah potong kelapa sawit.

Kaum bapa yang bersemangat untuk tidak kalah pada anak sendiri.

Saya jaga garisan penamat je.