• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Wednesday, August 11, 2010

Karnival Prasekolah Zon Pt Sulong 2010

Tarikh : 31 Julai 2010

Hari : Sabtu

Masa : mulai 8.30 am

Tempat : SK Bukit Rahmat

1.0 Pendahuluan

Objektif Karnival Pendidikan Prasekolah adalah untuk mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial ). Selain itu ia memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertinggungjawab dan berketerampilan, menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ia juga bertujuab untuk mendidik murid-murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.

2.0 Penyertaan

Prasekolah SK Sejagong telah menghantar seramai 8 orang murid untuk menyertai 3 acara. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan moral kepada para peserta. Berikut adalah senarai peserta dan acara yang disertai:

BIL

NAMA

NO S/B

ACARA

TAJUK

1

KHAIRUN NAIM B KHAIRUL NIZAM

BH52526

BLOK KREATIF


2

MUHAMMAD FILOUZ B RUSLAN

BH54203



3

NUR ARIENA INSYIRAH BT HASHIM

BH38488



4

SITI FADILA WAHEEDA BT ARIPIN

BE29838



5

SITI NURSABRINA BTMOHD SALIHIN

BH52778








1

SITI HAJAR BT MAHAT

BG13389

SAJAK

Mengenangmu





Pejuang






1

MUHAMMAD SAIFUL AFIQ B SAMSUDIN

BK02447

MEWARNA


2

SITI SARAH BT MAHAT

BG13390








3.0 Laporan Pencapaian

Prasekolah SK Sejagong telah mendapat tempat dalam ketiga-tiga acara yang disertai iaitu Johan dalam pertandingan Blok Kreatif, Naib Johan dalam kategori Mendeklamasi Sajak dan hadiah saguhati dalam acara mewarna. Berikut adalah keputusan penuh kejayaan yang dicapai.

BIL

NAMA

ACARA

PENCAPAIAN

1

KHAIRUN NAIM B KHAIRUL NIZAM



2

MUHAMMAD FILOUZ B RUSLAN

BLOK

JOHAN

3

NUR ARIENA INSYIRAH BT HASHIM

KREATIF


4

SITI FADILA WAHEEDA BT ARIPIN



5

SITI NURSABRINA BTMOHD SALIHIN







1

SITI HAJAR BT MAHAT

SAJAK

NAIB JOHAN









2

SITI SARAH BT MAHAT

MEWARNA

SAGUHATI













































4.0 Ulasan dan Cadangan

Majlis berjalan dengan lancar. Prasekolah SK Sejagong mempamerkan pencapaian yang membanggakan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah sangat baik. Ibu bapa juga turut hadir memberi kerjasama dan sokongan moral kepada peserta.

Lawatan Sambil Belajar





LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE TERENGGANU DAN KELANTAN

TAHUN 2010

Tarikh : 8, 9 dan 10 Jun 2010

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis

Masa Bertolak : 6.00 petang (8 Jun 2010)

Tempat : Kelantan dan Terengganu


Guru terlibat:

1- Mohd Jefri B Selamat

2- Hjh Saringaton Bt Arasat

3- En Mohd Hyffny B Ejom

4- En Zakaria B Marsam

5- En Norazlan B Mohd Janani


PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh SK Sejagong dan dibuka kepada murid Tahun 5 dan 6 serta guru-guru SK Sejagong. Lawatan turut disertai oleh AJK dan ahli PIBG yang menaiki sebuah bas yang lain. Peserta rombongan bertolak pada 8 Jun 2010 pukul 6.00 petang. Antara tempat yang dilawati di Kelantan ialah Masjid Muhammadi, Istana Jahar, Kilang Perusahaan Batik dan Songket serta Pasar Siti Khadijah. Di Terengganu rombongan telah melawat Kilang Perusahaan Keropok Lekor di Losong, Masjid Kristal, Bukit Puteri dan Pasar Payang.



MATLAMAT

Memberi murid-murid suatu pengalaman baru tentang dunia luar .

Di samping itu juga ia dapat banyak ilmu pengetahuan di

mana tempat-tempat yang dilawati banyak berunsurkan ilmu.

Dengan cara membuat lawatan sebegini pelajar-pelajar dapat

mengembangkan lagi buah fikirannya.


PENGLIBATAN / SASARAN :

-Murid-murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Sejagong.

-Guru-guru dan kakitangan


SUMBER KEWANGAN :

Punca Wang :

Bayaran daripada peserta lawatan - RM 3600.00

Derma dan Sumbangan RM 600.00

Jumlah RM 4200.00


Butiran Anggaran Perbelanjaan :

Tambang Bas - RM 2800.00

Tiket Masuk - RM 400.00

Penginapan - RM 400.00

Makan RM 600.00

Jumlah RM 4200.00


ATURCARA LAWATAN :

Tarikh

Masa

Tempat Yang Dilawati

Nama dan Alamat Penuh Tempat Bermalam

7/6/2010

(Isnin)















8/6/2010

(Selasa)



9/6/2010

(Rabu)

6.30 ptg


6.00 pagi


9.00 pagi


11.00 pagi


12.30 t.hari


2.30 ptg


4.00 ptg


6.00 ptg


7.00 pagi


11.30 pagi


12.30 t.hari



2.30 ptg


4.30 ptg


Bertolak dari SK. Sejagong.


Masjid Muhammadi, Kota Bharu.


Muzium Negeri

I

stana Jahar


Masjid Muhammadi, Kota Bharu


Kilang / Perusaan Batik


Pasar Siti Khadijah


‘Check in’ Penginapan


Bertolak dari tempat penginapan


Kilang / Perusahaan Keropok,


Losong, Kuala Terengganu.

Masjid Kristal


Pasar Payang


Bertolak pulang


Kota Bahru, Kelantan.



LAPORAN PENCAPAIAN

Program lawatan telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Murid dan guru telah memberi kerjasama yang sangat baik. Guru-guru telah memberikan komitmen penuh. Murid didedahkan dengan tempat-tempat yang menjadi kebanggaan negara seperti Masjid Kristal di Terengganu dan pintu gerbang di Kelantan. Murid turut mendapat ilmu tentang cara pembuatan songket dan alatan yang diperlukan. Dari aspek kerohanian, murid-murid diajar cara menunaikan sembahyang Jamak dan Qasar, iaitu suatu amalan yang digalakkan semasa bermusafir. Aspek keselamatan telah diambil berat dan dipraktikkan. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih kepada En. Muhd Hyffny Bin Ejom (GPK HEM SK Sejagong) yang telah berusaha menghubungi Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Razif yang telah sudi menyediakan makan tengahari di Wisma Darul Iman, Terengganu.




CADANGAN

Program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam memberi pengetahuan kepada murid tentang dunia luar, mercu tanda negara, kesenian dan kebudayaan berkaitan seni batik dan songket dan sejarah negara. Oleh itu program ini harus diteruskan di masa-masa akan datang.



















Monday, August 2, 2010

Senam Robik Program Lawatan Pelajar-pelajar Antarabangsa di SK Sejagong

















Acara senam robik sempena program lawatan pelajar-pelajar antarabangsa anjuran JKKK Kg Sejagong / Sg Kepoh bersama PIBG SK Sejagong. Kira-kira 300 orang hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi itu..Kelihatan Guru Besar SK Sejagong En Tuah Bin Kamisan dan Pengerusi Program En Mursidi Munasir turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara senam robik..