• Selamat Datang Ke Blog SK Sejagong

    Klik Untuk Mengetahui berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Sekolah

  • Sudut Pembelajaran

    Dalam Bahagian ini, Anda akan dapat pelbagai ilmu Baru berkenaan Dengan Subjek-subjek yang diajar seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

  • Sudut Permainan

    Belajar Sambil Bermain. dalam bahagian ini, Terdapat pelbagai aktiviti permainan yang boleh dicuba oleh murid mahupun guru

Tuesday, July 27, 2010

MAKLUMAT GURU DAN STAFF


SENARAI GURU SK SEJAGONG
TAHUN 2010

GURU BESAR : EN. TUAH BIN KAMISAN

GPK PENTADBIRAN : PN HJH SARINGATON BT ARASAT

GPK HEM : EN MUHD HYFFNY B EJOM

GPK KOKURIKULUM : EN SALIKAN B SURADI

GURU-GURU :
1- MOHD JEFRI B SELAMAT
2- MOHD ZAKARIA BIN MARSAM
3- MASDUKI B MARKOM
4- KHAIRUL NIZAM B MOHD LAZIM
5- NOR AZLAN B MOHD JANANI
6- ZAINUDIN B SARBAN
7- ZAFRUL AZHAR B OSMAN
8- MOHD RAFIZ B MOHAMED NOAH
9- MOHD YUNUS B MOHD YUSOF
10- NOR INTAN ASURA BT SHAMSUDIN
11- NOR `AFIZAH BT ABD RAZAK
12- MAZAILAH BT OSMAN
13- NOR IZANSHAHRINA BT GHAZALI
14- NUR AZIANI BT ISMAIL

SENARAI STAFF SK SEJAGONG
TAHUN 2010

PEMBANTU TADBIR : PN EFALIZAH BT BASIRON

PEMBANTU PENGURUSAN MURID :
1- PN ROSZILAWATI BT IBRAHIM
2- PN SUZIANA BT MISRAN

PEMBANTU AM RENDAH :
EN SAHRUN BIN MOHD SAHIR

TUKANG KEBUN :
EN BAKRI BIN SARDI


Mantan Guru Besar


Tn Hj Abd Hamid Bin Rahmat adalah mantan Guru Besar SK Sejagong dan telah bersara wajib pada bulan Mac 2010. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bertanggung jawab memacu sekolah ini dalam mencapai keputusan UPSR yang membanggakan dalam lima tahun kebelakangan ini. Terima kasih CIKGU.

Monday, July 26, 2010

Sejarah SK Sejagong





Sekolah Kebangsaan Sejagong pada mulanya merupakan sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Sri Sejati, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Jarak perjalanan sekolah ini dari pekan Sri Medan ialah kira-kira 15 kilometer dan 45 kilometer dari bandar Batu Pahat. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1967 dengan seramai 2 orang guru sementara yang berpengalaman mengajar dan mempunyai seramai 38 orang murid. Bangunan sekolah adalah dibina secara gotong-royong oleh penduduk tempatan. Terdapat dua peristiwa hitam yang telah menimpa sekolah ini iaitu yang pertama telah berlaku pada hari Sabtu bersamaan 8 Jun 1974 apabila sekolah ini telah dipanah petir. Kejadian kedua pula berlaku pada 9 Mac 1976 apabila bangunan telah roboh dipukul ribut.

Selepas kejadian itu, satu tempat baru yang lebih sesuai telah dicari. Beberapa perbincangan telah diadakan yang melibatkan penduduk Kampung Sejagong, Kampung Parit Jayus 3 dan Kampung Parit Jayus 4. Usaha ini telah diketuai oleh En Hamzah bin Md Dali. Akhirnya pada tahun 1978 dengan keikhlasan Tuan Haji Salim dan Encik Kateron bin A.Alim telah menawarkan dan mewakafkan tanah seluas 2 ekar lebih untuk dijadikan tapak bagi bangunan sekolah yang baru. Tanah tersebut terletak di Parit Jayus 3 dan pembinaan sekolah baru bermula pada tahun 1978.

Pada 10 Januari 1979, bangunan baru yang kekal telah digunkan, yang mana sekolah ini mengandungi satu bilik pejabat, bilik guru, enam bilik darjah, satu bilik tayang, bilik sembahyang dan satu bangunan kantin. Perasmian bangunan ini telah dilakukan oleh Menteri Besar Johor ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Ajib Bin Ahmad pada 8 Februari 1986. Sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Sri Sejati (Cawangan).

Dari seramai 38 orang murid semuanya pada masa sekolah itu dibuka, ianya telah meningkat kepada 223 orang murid pada 2010 selain terdapat 45 orang murid pra sekolah. Jumlah tenaga pengajar di sekolah ini sekarang ialah 17 orang guru. Sekolah ini mula menjalankan pentadbirannya sendiri pada awal tahun 1991 iaitu berpisah pentadbiran daripada Sekolah Kebangsaan Sri Sejati. Semenjak itu sekolah itu telah menggunakan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Sejagong